ADW 2012: Visit Melaka, The World Heritage City

26 Oktober 2012. Salah satu pengalaman menarik mengikuti acara ASIA DUCATI WEEK (ADW) 2012 adalah berkunjung, sekaligus berwisata di Kota Melaka Malaysia pada hari Jumat, 19 Oktober 2012 dimana kota tersebut sangat sarat dengan sejarah budaya Melayu, yang juga dipenuhi oleh bangunan tua bernuansa etnik Eropa, China dan Melayu.

Dalam hal ini pemerintah Malaysia melalui Malaysian Tourism bekerjasama dengan Ducati Malaysia (Naza World), meramu acara ADW 2012 secara apik. Bersama dengan Ducati Club Malaysia, kami berkunjung ke lokasi historis Melaka untuk melihat dari dekat The World Heritage City milik negara tetangga Malaysia.

Usai perjalanan konvoi (artikel ini), seluruh bikers Ducati, dan sejumlah media yang ikut mendapat waktu untuk jalan-jalan di sekitar kota Melaka. Kota ini memang benar-benar masih dipenuhi dengan bangunan tua yang sangat terpelihara dengan baik. Dari sejarahnya, Melaka sangat dekat dengan kerajaan Palembang.

Melaka memiliki luas 1683 km persegi mampu menampilkan corak sejarah Melayu dan Malaysia. Menurut legenda yang dikutip dari artikel ini (Bahasa Melayu Malaysia) disebutkan bahwa:

Parameswara, seorang putera raja dari Palembang, Sumatera telah terpegun dengan keberanian seekor kancil yang telah menendang seekor anjing yang mengejarnya ke dalam sungai.

Aksi berani ini telah menaikkan semangat Parameswara dan beliau telah memanggil tempat itu “Melaka” sempena dengan nama pokok di mana beliau berteduh. Beliau kemudian telah memulakan pemerintahan di Melaka.

Di bawah pemerintahan Parameswara dan pemerintah-pemerintah selepas beliau, Melaka membangun hingga menjadi kuat kerana politik, sosial dan ekonominya.

Kepesatan pembangunan di Melaka telah menarik ramai pedagang-pedagang asing dari negara China, India, Timur Tengah serta negara-negara jiran. Melaka pernah menjadi pusat perdagangan utama di timur pada suatu masa dahulu.

Kesejahteraan Melaka ini jugalah yang menarik kuasa-kuasa asing seperti Thailand untuk menakluk Melaka. Percubaan Thailand untuk menakluk Melaka pada tahun 1446 dan 1456 telah dijatuhkan oleh Tun Perak, seorang Bendahara Melaka yang bijak. Perhubungan Melaka dengan negara China juga adalah hasil keputusan strategik Melaka untuk menghalang kemasukan Siam.

Pihak Portugis telah datang ke Timur untuk menguasai perdagangan rempah-ratus. Pada tahun 1511, bala tentera yang diketuai oleh Alfonso de Albuquerque telah menakluk Melaka.

Pihak Portugis telah gagal untuk menjadikan Melaka sebagai sebuah negeri yang aman kerana polisi-polisinya yang menyekat kebebasan serta berlakunya perang dengan kerajaan-kerajaan Melayu di Melaka dan Johor. Pihak Portugis telah memerintah Melaka dari tahun 1511 hingga 1641.

Dalam tahun 1641, pihak Belanda telah mengalahkan Portugis. Belanda telah memerintah Melaka dari tahun 1641 hingga 1795 tetapi mereka tidak berminat untuk menjadikan Melaka sebagai pusat perdagangan di antara Timur dan Barat. Mereka lebih berminat untuk membangunkan Batavia (Jakarta) di Indonesia sebagai pusat pentadbiran mereka.

Di bawah Perjanjian Anglo-Dutch, Melaka telah diserahkan kepada pihak British dalam tahun 1811 untuk ditukarkan dengan Batavia (Jakarta). Melaka kekal dibawah pemerintahan British sehingga kepada Perang Dunia kedua.

Pihak Jepun kemudian telah memerintah Melaka pada tahun 1941-1945 dan kemudian menyerahkannya kembali kepada pihak British. Melaka kemudiannya merdeka selaras dengan kemerdekaan Malaysia pada tahun 1957.

Melaka hari ini telah membangun sebagai sebuah negeri yang terancang. Pembangunan ini adalah hasil penat lelah serta semangat dan komitmen yang telah ditunjukkan oleh pemerintah Melaka untuk menjadikan Melaka sebuah negeri maju menjelang tahun 2010.

Malaysia telah mempraktikkan konstitusi beraja dalam kerajaan. Di peringkat kerajaan pusat, ketua Kerajaan adalah yang Dipertuan Agong. Baginda dibantu oleh Perdana Menteri.

Di peringkat negeri, ketua kerajaan adalah Gabenor atau Yang di-Pertua Negeri dan dibantu oleh Ketua Menteri. Dewan Undangan Negeri merupakan kuasa tertinggi dalam menetapkan polisi kerajaan negeri.

Ketua Menteri dibantu oleh beberapa ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) dalam melaksanakan tugas-tugasnya mentadbir kerajaan negeri. EXCO bertanggungjawab kepada Dewan Undangan Negeri.

Jabatan Ketua Menteri adalah tunjang pentadbiran negeri yang menempatkan Pejabat Ketua Menteri, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri serta lain-lain Jabatan. Komponen-komponen lain pentadbiran negeri termasuk agensi kerajaan, korporat serta pentadbiran daerah dan tanah.

Di peringkat tempatan, terdapat empat Pihak Berkuasa Tempatan iaitu Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah, Majlis Perbandaran Alor Gajah, Majlis Perbandaran Jasin dan Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya. Majlis Perbandaran ini menyediakan pelbagai perkhidmatan dan kemudahan kepada penduduk.

Dengan komitmen jentera pentadbiran tertinggi, agensi kerajaan, badan korporat serta rakyat jelata, Melaka diharap akan terus mengekalkan prestasi cemerlang masa kini dan akan datang.

MediaSL datang ke Melaka bersama rombongan media Ducati Asia Pacific dan Shell Advance sempat terpana melihat kota Melaka, karena disana ada banyak bangunan tua Melayu yang sangat mirip dengan kehidupan di Pulau Sumatera. Semua terpelihara dan tertata dengan baik sehingga membuat Melaka menjadi kota wisata yang menarik.

ALBUM PHOTO

Leave a Reply